fbpx

[VIDEO] Syed Saddiq, ibu bapa sujud syukur, menangis kegembiraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq bersama ibu bapanya dan ahli keluarga yang lain tunduk sujud syukur di lantai Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini

PUTRAJAYA – Laungan takbir bergema di pekarangan Istana Kehakiman pagi ini apabila Mahkamah Rayuan membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada semua pertuduhan berkaitan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram hari ini.

Detik penuh emosi itu turut menyaksikan Syed Saddiq bersama ibu dan bapanya tunduk sujud syukur di lantai mahkamah, diiringi tangisan kegembiraan.

Turut bersama mereka beberapa ahli keluarga serta rakan terdekat yang hadir memberi sokongan sejak awal pagi tadi lagi.

Sementara itu, ketika ditemui media, Syed Saddiq meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada kedua ibu bapanya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz dan Syed Abdul Rahman Abdullah kerana sentiasa ada bermula hari pertama beliau dituduh hingga hari bersejarah hari ini.

Syed Saddiq juga berterima kasih kepada barisan hakim, peguam serta seluruh rakyat Malaysia yang tidak berhenti mendoakan kejayaan beliau.

“Kadang-kadang saya pun tidak tahu. Saya terhutang budi. ‘Moving forward it’s back to the job’ saya akan kekal mengabdikan diri kepada Malaysia, negara tercinta,” katanya.

Terdahulu, Syed Saddiq dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan hari ini atas empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim
selepas membenarkan rayuan Syed Saddiq selaku perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Dua lagi hakim yang turut bersidang Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin.

Dalam penghakiman, panel mendapati sabitan yang dikenakan terhadap Syed Saddiq oleh Mahkamah Tinggi terhadap keempat-empat pertuduhan tidak selamat selain mahkamah terdahulu tersalah arah dalam mensabitkan hukuman itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI