fbpx

[VIDEO] Lima tahun menunggu, saya harap akan menang – Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq pada sidang akhbar di Mahkamah Rayuan, Putrajaya, hari ini.

PUTRAJAYA – “Setelah lima tahun menunggu, saya harap kebenaran akan menang di mahkamah pada hari ini.”

Itu luahan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang hadir ke Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman di sini bagi mendengar keputusan rayuan berhubung sabitan dan hukuman empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Syed Saddiq tiba di mahkamah kira-kira pukul 8.35 pagi tadi.

“Saya terhutang budi kepada ibu bapa, keluarga, rakan-rakan kepimpinan muda dan sahabat-sahabat yang sentiasa memberikan sokongan, sama ada hadir secara fizikal mahupun dalam talian,” katanya.

Beliau turut menyatakan rasa terharu apabila mengetahui ada pihak menganjurkan bacaan Yassin setiap malam secara maya sejak beberapa hari lalu.

“Setiap malam ada sesi bacaan Yassin, sama ada melalui TikTok atau Zoom. Saya amat terharu dan benar-benar terhutang budi.

“Biarlah para hakim menentukan. Saya hanya mampu berdoa dan percaya kepada sistem keadilan,” katanya.

Terdahulu, pelakon Bella Astillah dilihat tiba lebih awal bagi menemani dan mengikut prosiding rayuan kes Ahli Parlimen Bera itu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI