fbpx

[VIDEO] Kilang kitar semula terbakar di Meru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kepulan asap tebal susulan kebakaran kilang kitar semula di Taman Perindustrian Meru.

KLANG – Sebuah kilang kitar semula terbakar dalam kejadian di Jalan Haji Abdul Manan, Taman Perindustrian Meru di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai 22 anggota termasuk pegawai dari empat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) terlibat dalam operasi pemadaman selepas menerima panggilan kecemasan pukul 12.14 tengah hari.

Katanya, antara BBP terlibat adalah Kapar, Klang Utara, Klang Selatan dan Bukit Jelutong bersama empat unit Fire Rescue Tender (FRT) dan dua jentera tangki air.

“Kebakaran melibatkan 60×100 kaki persegi sebuah kitar kitar semula.

“Kerja-kerja pemadaman sedang giat dilakukan,” katanya hari ini.

Setakat ini, tiada mangsa yang dilaporkan akibat kebakaran itu.

Jelas Ahmad Mukhlis, punca kebakaran masih dalam siasatan pihaknya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI