fbpx

Treler tergantung di jambatan runtuh, pemandu tenang menanti bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu treler kekal tenang ketika kenderaan dipandunya tergantung di tebing jambatan runtuh. - South China Morning Post

BEIJING – Seorang pemandu treler terselamat dalam satu insiden mencemaskan apabila kenderaan yang dipandunya tergantung di jambatan akibat tanah runtuh semalam.

Kejadian berlaku di wilayah Guizhou, yang ketika ini dilanda hujan lebat berterusan.

Struktur jambatan itu roboh selepas kawasan tersebut dilanda tanah runtuh berskala besar, mengakibatkan kerosakan serius pada sebahagian besar permukaan jalan.

Treler yang membawa muatan itu nyaris terjunam ke bawah tetapi tersangkut di bahagian hujung jambatan yang masih bertahan.

Rakaman video di tempat kejadian memaparkan saat mencemaskan apabila pemandu treler tersebut dilihat kekal tenang sambil meminta agar panggilan kecemasan dibuat.

Dia juga memberi amaran supaya tidak ada kenderaan lain menghampiri treler tersebut.

Pasukan penyelamat akhirnya berjaya membawa pemandu tersebut keluar ke tempat selamat tanpa dia mengalami sebarang kecederaan serius. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI