fbpx

Tapak nuklear Iran masih utuh – Siasatan perisikan AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej satelit menunjukkan gambaran keseluruhan Loji Pengayaan Bahan Api Fordow Iran pada 19 Jun lalu. - AFP

WASHINGTON – Serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas kemudahan nuklear Iran tidak memusnahkan program nuklear negara itu, namun mungkin hanya menghentikannya beberapa bulan, demikian menurut penilaian awal perisikan Pentagon seperti laporan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Stok uranium diperkaya Tehran tidak dihapuskan dalam pengeboman Sabtu lalu, kata sumber yang biasa dengan penilaian Agensi Perisikan Pertahanan (DIA) kepada stesen penyiaran CBS.

White House kemudian berkata, penilaian salah itu telah dibocorkan oleh ‘pegawai peringkat rendah’ dalam komuniti perisikan.

Presiden Donald Trump turut membalas dakwaan itu dengan sekali lagi menegaskan bahawa tapak nuklear di Iran musnah sepenuhnya serta menuduh media sebagai cuba untuk merendah-rendahkan ‘salah satu serangan tentera paling berjaya dalam sejarah’.

AS menyerang tiga kemudahan nuklear di Iran iaitu Fordow, Natanz dan Isfahan menggunakan bom ‘bunker buster’ yang mampu menembusi 18 meter konkrit atau 61 meter tanah sebelum meletup.

Namun, sumber yang biasa dengan penilaian perisikan Pentagon mengatakan bahawa emparan Iran sebahagian besarnya masih utuh dan kesannya terhad kepada struktur di atas tanah.

Katanya, pintu masuk ke dua kemudahan nuklear itu ditutup dan beberapa infrastruktur telah musnah atau rosak, namun kebanyakan kemudahan yang jauh di bawah tanah terselamat daripada letupan tersebut.

Sumber juga mengesahkan kepada CBS bahawa beberapa simpanan uranium Iran yang diperkaya telah dipindahkan sebelum serangan AS. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI