fbpx

Suami isteri simpan 42 tong gas LPG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa KPDN memeriksa sebahagian tong LPG yang ditemui di sebuah rumah di Kampung Matang Kamunting, Trong dekat Taiping, semalam. - Foto IHSAN KPDN

TAIPING – Sebanyak 42 unit tong gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM4,370.80 dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak dari sebuah premis kediaman di Kampung Matang Kamunting, Trong di sini semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan terhadap premis itu dilakukan pada pukul 10.30 pagi yang mana sejumlah 26 unit tong silinder disyaki mengandungi LPG berat 14 kilogram (kg) telah ditemui.

“Turut ditemui ialah sejumlah 14 unit tong silinder disyaki mengandungi gas petroleum cecair LPG (12kg) serta dua unit tong silinder kosong LPG (14kg) di bahagian hadapan premis rumah berkenaan.

“Rumah tersebut didiami oleh sepasang suami dan isteri berumur dalam lingkungan 54 tahun dan 44 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, mereka didapati gagal untuk mengemukakan sebarang surat kebenaran, lesen atau permit menyimpan barang kawalan daripada Pengawal apabila diminta oleh pasukan pemeriksaan.

Sehubungan itu, Kamalludin berkata, pasukan pegawai penguat kuasa KPDN Cawangan Taiping telah mengambil tindakan menyita sejumlah 42 unit tong silinder disyaki mengandungi LPG dengan nilai sitaan dianggarkan RM4,370.80.

“Kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki melakukan kesalahan memiliki atau menyimpan barang kawalan berjadual minyak diesel tanpa kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI