fbpx

Status No. 1 bakar semangat Jun Hao

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUN HAO mahu memanfaatkan status sebagai perseorangan lelaki utama negara pada Terbuka Jepun di Tokyo bulan depan.

CABARAN lebih sukar bakal digalas Leong Jun Hao selepas memegang status sebagai perseorangan lelaki No. 1 negara, memintas kedudukan pemain profesional, Lee Zii Jia yang dibelenggu kecederaan.

Meskipun gembira dengan perkembangan tersebut, namun bekas juara remaja Asia itu percaya ia akan memberikan sedikit tekanan kepadanya dalam setiap kejohanan bakal disertai selepas ini.

“Bagi saya, tekanan itu memang ada tetapi saya akan anggap ia sebagai satu cabaran selain memberikan satu semangat kepada saya setiap kali turun beraksi,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Jun Hao memastikan status sebagai perseorangan lelaki No. 1 Malaysia selepas kedudukannya naik ke ranking ke-25 dunia, berbanding Zii Jia yang menghuni No. 28 dunia selepas lama tidak beraksi.

Dia yang dalam persiapan menghadapi Terbuka Jepun di Tokyo pada 15 hingga 20 Julai depan turut menjelaskan, rehat lebih sebulan memberinya peluang untuk memperbaiki kelemahan.

“Selepas tidak ada sebarang kejohanan lebih satu bulan, saya hanya memberikan fokus terhadap persediaan dari fizikal dan juga permainan. Selain itu, saya juga ada memasukkan sesuatu (permainan) yang baharu.

“Bagaimanapun, saya hanya mahu memberikan fokus terhadap satu demi satu perlawanan dan tidak meletakkan sasaran spesifik. Jika letak sasaran, ia akan menyebabkan saya asyik fikir dan tertekan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Jun Hao turut mengakui, semakin serasi dengan corak permainan diterapkan Pengarah Kejurulatihan Perseorangan ABM, Kenneth Jonassen selepas berada di bawah bimbingannya lebih enam bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI