fbpx

Rasuah jutaan ringgit, pengarah jabatan kerajaan bergelar Datuk didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah jabatan kerajaan bergelar Datuk kerana disyaki terlibat kes rasuah membabitkan kontrak pembangunan dan selenggaraan bernilai jutaan ringgit.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 50-an itu ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi tadi, ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Susulan penahanan itu, suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi tujuan pertuduhan, esok pagi.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sejak tahun 2021 dengan meminta dan menerima rasuah daripada kontraktor-kontraktor yang ditawarkan kerja-kerja pembangunan dan selenggaraan di bawah seliaannya,” katanya, tadi.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dengan lima pertuduhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI