fbpx

‘Pulanglah, sudah 49 hari Maisarah tak balik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noorlaili menunjukkan gambar anaknya, Maisarah yang dilaporkan hilang.

MELAKA – Seorang pelajar perempuan tingkatan dua, Nor Alieya Maisarah Mohd. Hassan 14, dilaporkan hilang sejak 8 Mei lalu selepas didakwa keluar dari rumahnya dengan membawa beg sekolah dan beberapa helai pakaian di Taman Seri Telok Emas, di sini.

Menurut ibunya, Noorlaili Mahat, 53, kali terakhir dia berjumpa anak bongsunya itu adalah pada hari kejadian, kira-kira pukul 4 petang sebelum keluar bekerja.

Katanya, kehilangan remaja itu disedari anak keduanya berusia 16 tahun yang menghubunginya memberitahu Maisarah tiada di rumah, manakala telefon bimbit remaja itu tidak dapat dihubungi.

“Selepas keluar bekerja, anak beritahu Adik (Maisarah) sudah tiada di rumah dan telefon bimbitnya langsung tidak dapat dihubungi sehingga ke hari ini.

“Apabila pulang saya lihat beg sekolahnya dan beberapa helai pakaian miliknya sudah tiada, kami buat laporan polis pada hari sama,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya, di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai tindakan anaknya itu, dia memberitahu Maisarah tidak menunjukkan sebarang sikap seperti merajuk atau tersinggung hati dengan ahli keluarga.

“Kami betul-betul buntu kerana Adik bukanlah remaja yang bebas berkawan malah setahu saya dia juga tidak mempunyai teman lelaki,” katanya.

Katanya, orang ramai yang terlihat atau mempunyai maklumat mengenai Maisarah boleh menghubunginya di talian 014-3818326. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI