fbpx

Pemimpin Arab hipokrit, bersikap dwi-standard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. AZMI

PETALING JAYA – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyifatkan sikap pemimpin Arab sebagai hipokrit dan bersikap dwi-standard apabila memberi reaksi berbeza terhadap serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, serangan udara AS ke atas tapak nuklear Iran di Fordow, Natanz dan Esfahan dikutuk oleh beberapa negara Arab seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Kuwait dan Oman.

“Jika kamu tidak sanggup berjuang bersama Iran, sekurang-kurangnya jangan khianati perjuangan ini. Ini bukan hanya tentang Iran.

“Ini tentang masa depan umat, maruah Islam dan kebenaran yang cuba dibungkam. Iran masih berdiri. Gaza terus berdarah. Pemimpin Arab tunduk. Umat melihat. Sudah tiba masa untuk memilih keberpihakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Azmi, perbezaan reaksi ini mendedahkan sikap berat sebelah negara-negara Arab yang lebih mengambil berat tentang kedaulatan sesama Arab daripada mempertahankan prinsip keadilan sejagat.

Beliau juga mempersoalkan mengapa Iran sering menjadi sasaran kecaman apabila ia bertindak mempertahankan dirinya.

“Adakah Iran perlu terus diam apabila wilayahnya diserang, pemimpinnya dibunuh, dan rakyat Palestin terus dibantai,” katanya.

Semalam, Kosmo! melaporkan Presiden AS, Donald Trump mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Iran, beberapa jam setelah Tehran menyerang pangkalan tentera AS di Qatar dan 11 hari selepas Israel memulakan serangan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI