fbpx

Pegawai kewangan rugi RM4.17 juta diperdaya pelaburan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Seorang wanita warga tempatan berusia 60 tahun mengalami kerugian sebanyak RM4.17 juta selepas terpedaya dengan pelaburan palsu menerusi iklan di media sosial.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, mangsa yang bekerja sebagai pegawai kewangan di sebuah syarikat perkhidmatan perundingan itu membuat laporan polis selepas menyedari telah ditipu.

“Mangsa pada awal Mac lalu telah melihat satu iklan pelaburan saham di Facebook dan menghubungi seorang suspek wanita melalui aplikasi WhatsApp selepas menekan pautan yang disediakan.

“Mangsa kemudian dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp dikenali sebagai ‘Kumpulan Analisis Kewangan Saham Malaysia’ dan diminta memuat turun aplikasi ‘KKR INV’ serta mendaftar untuk menyertai pelaburan yang kononnya menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Hamzah berkata, dari 10 Mac hingga 13 Jun 2025, mangsa telah membuat sebanyak 76 transaksi pemindahan wang ke dalam lapan akaun bank berbeza milik syarikat yang tidak dikenali, sehingga mengakibatkan kerugian mencecah RM4.17 juta.

Jelasnya, mangsa mula mengesyaki sesuatu apabila tidak dapat membuat pengeluaran keuntungan seperti dipaparkan dalam aplikasi tersebut dan diminta pula membuat bayaran tambahan bagi tujuan pengeluaran itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI