fbpx

Lelaki terkejut sangkakan kahwin anak dara, rupanya…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu kepada pengantin perempuan dipukul dan ditolak oleh keluarga pengantin lelaki semalam. - TikTok

JAKARTA – Sebuah majlis perkahwinan di Indonesia menjadi huru-hara apabila pengantin lelaki mendapat tahu bahawa calon isterinya merupakan seorang janda dan sudah berkahwin sebanyak tiga kali, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Kejadian berlaku di Lombok Tengah, wilayah Nusa Tenggara Barat. 

Rakaman video yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @wiraziqri.97 memaparkan pertelingkahan mulut dan fizikal antara keluarga kedua-dua pengantin. 

Ibu kepada pengantin perempuan bukan sahaja dipukul, malah ditolak sehingga dia terjatuh ke dalam longkang. 

Menurut pengantin lelaki, Rodi Handika, dia memberikan mas kahwin dalam bentuk emas seberat 20 gram serta wang hantaran berjumlah 60 juta rupiah (RM15,600). 

Dia bertambah kecewa apabila rahsia itu terbongkar. 

Penghulu Desa Bakan dikenali sebagai Jefry berkata, kekecohan itu tercetus kerana keluarga pengantin perempuan tidak berlaku jujur. 

“Pengantin perempuan telah berkahwin sebanyak tiga kali. Ini pernikahan yang keempat,” kata Jefry. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI