SINGAPURA – Seorang lelaki di Singapura terkejut apabila dikenakan bayaran sebanyak SGD$300 (RM990) selepas menghubungi talian 1777 untuk mendapatkan ambulans persendirian ke hospital, lapor laman berita Stomp hari ini.
Seorang netizen dikenali Patrick mendakwa bahawa dia diberitahu bayaran yang sepatutnya dikenakan adalah SGD$220 (RM730).
Menjelaskan mengapa dia menghubungi 1777 untuk ambulans, dia berkata: “Saya baru sahaja mempunyai pengalaman dengan talian 995, di mana ambulans hanya akan hanya pergi ke kemudahan rawatan kemalangan dan kecemasan yang terdekat.
“Saya mendapati talian 1777 adalah entiti persendirian sepenuhnya yang anda boleh minta untuk dihantar ke mana-mana hospital, tetapi semua caj adalah ditanggung sendiri.”
Talian 995 dikendalikan oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
Ia tidak mengenakan bayaran untuk kes kecemasan, tetapi SGD$274 (RM910) akan dikenakan untuk setiap kes bukan kecemasan. – AGENSI