fbpx

Lelaki dijel 4 bulan mengaku pukul polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh ketika di Mahkamah Majistret.

REMBAU – Tindakan seorang lelaki yang menumbuk seorang anggota polis berpangkat sarjan hanya kerana ditegur menghidu gam membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara empat bulan di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret Kartini Kasran membuat keputusan itu selepas tertuduh, Muhamad Shafiq Hataqa Abd Ghani, 35, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang tidak bekerja dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas mangsa ketika anggota polis berkenaan menjalankan kewajipannya sebagai anggota pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 11.30 pagi, di tepi jalan simpang Taman Desa Permai Mampong, di sini, pada 22 Jun lalu dan tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisa Zainuddin sementara tertuduh diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Norfazrin Jamal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI