fbpx

Laporan siasatan letupan Putra Height siap esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA rumah di Putra Heights, Subang Jaya yang rosak susulan letupan paip gas pada 1 April lalu. – Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON

SHAH ALAM – Siasatan berhubung insiden letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya dekat sini dijadualkan siap esok.

Setiausaha Akhbar Kepada Menteri Besar Selangor, Jay Jay Clement Dennis dalam kenyataan malam ini memaklumkan, kemudiannya pasukan penyiasat akan menyiapkan laporan siasatan tersebut.

“Maklumat pengumuman hasil siasatan akan dikongsikan dalam masa terdekat,” katanya ringkas.

Kosmo! pada 3 Jun lalu melaporkan laporan siasatan teknikal berkaitan insiden Putra Heights dijangka siap selewat-lewatnya pada 26 Jun ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dipetik berkata, laporan siasatan itu mengambil sedikit masa untuk disiapkan kerana perlu meneliti beberapa aspek yang mengakibatkan berlakunya insiden terbabit.

Jelas Amirudin, laporan siasatan teknikal dan siasatan jenayah akan diumumkan sebaik sahaja siasatan teknikal siap.

Terdahulu, tragedi letupan yang berlaku kira-kira pukul 8.10 pagi Hari Raya Kedua Aidilfitri itu telah menjejaskan seramai 529 penduduk daripada 118 keluarga.

Sejumlah 235 premis termasuk rumah dan kedai terjejas dengan 87 unit musnah sepenuhnya.

Selain itu sebanyak 225 buah kenderaan pula mengalami kerosakan. Kejadian menyebabkan seramai 126 individu cedera termasuk ada dirawat di unit rawatan rapi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI