fbpx

Lapan individu direkod keterangan kes buli pelajar dalam tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kejadian buli itu.

KLANG – Polis merekodkan keterangan lapan individu berhubung kes buli melibatkan pelajar perempuan di dalam tandas sebuah sekolah menengah di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, kesemua individu itu terdiri daripada mangsa dan bapanya selain pelajar serta pihak sekolah berkenaan.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian tular itu melibatkan pelajar Tingkatan Dua.

“Siasatan lanjut bagaimanapun masih dijalankan dan lapan individu telah direkodkan bagi membantu siasatan.

“Kes itu kemudiannya akan dirujuk kepada Jabatan Pendidikan Selangor bagi tindakan selanjutnya,” katanya hari ini.

Kosmo! pada Sabtu lalu melaporkan polis menyiasat kejadian buli itu selepas menerima laporan polis berhubung satu rakaman video berdurasi lebih dua minit yang tular di aplikasi Facebook (FB).

Rakaman itu menunjukkan insiden pergaduhan antara pelajar dari sekolah yang sama dipercayai akibat perselisihan faham. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI