fbpx
Anthony bercakap pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

KDEB Waste Management, Cepat Ekspress catat saman tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia hari ini mengumumkan senarai syarikat pengendali kenderaan barangan dan bas ekspres yang mencatatkan jumlah saman tertinggi atas pelbagai kesalahan di bawah Akta 333, Akta 334 dan Akta 715.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, MOT dengan JPJ telah mengenal pasti sebanyak 11 syarikat pengendali kenderaan barangan yang mempunyai lebih 1,000 saman tertunggak dan 17 syarikat pengendali bas ekspres yang mempunyai lebih 200 saman.

“Pengumuman ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MOT dan JPJ bagi meningkatkan tahap pematuhan undang-undang jalan raya serta langkah untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya,” katanya menerusi sidang akhbar di MOT hari ini.

Berdasarkan statistik dikeluarkan oleh MOT, syarikat pengendali kenderaan barangan, KDEB Waste Management Sdn Bhd mencatatkan saman aktif tertinggi berjumlah 22,017 diikuti Mainiza Mantap Sdn Bhd (5,108); Advancecon Machinery Sdn Bhd (3,620); VK Transport Sdn Bhd (3,016) dan Ng Swee Aik Trading Sdn. Bhd (2,352).

Manakala, bagi syarikat pengendali bas ekspres, Cepat Ekspres Sdn Bhd merupakan syarikat yang merekodkan saman aktif tertinggi berjumlah 540 saman.

Antara syarikat bas ekpres lain termasuk New Hoover Express & Travel Sdn. Bhd. (512); Kuala Lumpur-Alor Star Express Sdn. Bhd (477); Express Senibudaya (M) Sdn. Bhd (390); Suasana Edaran Sdn. Bhd. (370); Kurnia Bistari Sdn. Bhd. (351) dan Bandar Express Services Sdn. Bhd. (300). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI