fbpx

Ibu tak henti senyum, bapa menadah tangan menemani Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq ditemani oleh ibu bapanya di Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Senyuman tidak pernah lekang dari wajah ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz, manakala ayahnya, Syed Abdul Rahman Abdullah pula dilihat tanpa putus menadah tangan ketika menemani anak mereka ketika sesi sidang akhbar di Mahkamah Rayuan di sini, pagi tadi.

Ibu bapa Ahli Parlimen Muat itu hadir seawal jam 7.45 pagi untuk memberi sokongan moral kepada abak mereka yang menanti keputusan rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta atas kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

Terdahulu, Syed Saddiq dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan hari ini atas empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim
selepas membenarkan rayuan Syed Saddiq selaku perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Dua lagi hakim yang turut bersidang Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin.

Dalam penghakiman, panel mendapati sabitan yang dikenakan terhadap Syed Saddiq oleh Mahkamah Tinggi terhadap keempat-empat pertuduhan tidak selamat selain mahkamah terdahulu tersalah arah dalam mensabitkan hukuman itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI