fbpx

Gaduh tetak guna parang, mangsa terima 400 jahitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar kes pergaduhan di hadapan restoran makanan segera di Bandar Baru Nilai di sini, Ahad lalu.

SEREMBAN – Polis menahan lima individu termasuk mangsa yang parah selepas terbabit dalam pergaduhan di hadapan sebuah restoran makanan segera di Bandar Baru Nilai, di sini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, empat suspek kesemua ditahan di sekitar Nilai Ahad lalu dan direman sehingga esok bagi membantu siasatan.

“Mangsa dalam kes itu turut ditahan kerana disyaki merusuh dan direman selama dua hari,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Abdul Malik, mangsa yang juga pengawal keselamatan berusia 30-an menerima kira-kira 400 jahitan di seluruh badan akibat ditetak menggunakan parang dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148, Seksyen 326 dan seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini media melaporkan, seorang pengawal keselamatan berusia dalam lingkungan 30-an cedera parah selepas ditetak oleh sekumpulan individu tidak dikenali dalam satu kejadian pergaduhan di lokasi terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI