PETALING JAYA – Satu-satunya anak kepada selebriti terkenal, Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya, 5, mencuri perhatian ramai dalam media sosial apabila beriya-iya menuntut bapanya melancong ke taman tema popular dunia, Disneyland Tokyo.
Bukan itu sahaja, Fatima turut mengungkapkan ucapan bahawa dia sangat menyayangi bapanya itu.
“Daddy, bila daddy nak bawa Nyamma (panggilan manja Fatima) pergi Tokyo Disneyland? Nyamma nak pergi.
“Nyamma nak pergi dengan daddy, dengan nenda, dengan atuk, Naila dan Nukman. Daddy, Nyamma nak. Please, I love you daddy,” katanya dalam video tersebut.
Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang ‘cair’ mendengar rayuan manja Fatima yang memujuk Fattah untuk membawanya ke Disneyland.
Ramai juga yang mendoakan agar Fattah dapat menunaikan permintaan anak kesayangannya itu untuk pergi bercuti bersama nenek, atuk dan sepupunya.
“Comelnya Fatima. Mesti daddy terkejut dan tersentak kan. Punya la mendayu-dayu Fatima minta nak pergi Disneyland Tokyo. Daddy kena cepat tunaikan. Daddy kan jutawan dan banyak ‘job’,” komen netizen.
Sementara itu Fattah dilihat h membalas video tersebut menerusi hantaran dalam Insta Story.
“Hai baby. Fatima ke yang ‘post’ ni? Hehe. Kenapa daddy video ‘call’ tak angkat? ,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE