fbpx

Fadillah tiba di Russia, lawat loji tenaga nuklear

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah tiba di Russia malam tadi untuk melakukan lawatan kerja rasmi ke negara itu hingga 28 Jun ini

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof selamat tiba di Lapangan Terbang Vnukovo, Moscow, Russia malam tadi bagi memulakan rangka lawatan kerja rasmi ke negara itu hingga 28 Jun ini.

Fadillah berkata, antara pengisian penting lawatan tersebut termasuk lawatan ke Atom Pavilion (Rosatom), loji tenaga nuklear Leningrad di St. Petersburg dan fasiliti pembuatan Zio-Podolsk.

Menurut beliau, majlis pertukaran dokumen Perjanjian Kerahsiaan (NDA) antara Mypower dan Rosatom turut dijadualkan berlangsung.

“Lawatan kerja ini mencerminkan iltizam Malaysia dalam memperkukuh kerjasama strategik dengan Russia terutama dalam pembangunan teknologi tenaga yang selamat, moden dan mampan ke arah masa depan yang lebih lestari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, lawatan itu merupakan kesinambungan kepada kunjungan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Russia pada Mei lalu.

Katanya, beliau dijadualkan mengadakan mesyuarat dua hala bersama Timbalan Perdana Menteri Russia, Alexey Overchuk yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Tenaga Rusia, Evgeny Petrovich Grabchak dan Timbalan Menteri Pembangunan Ekonomi, Vladimir Ilichev.

Jelas beliau, fokus utama perbincangan adalah sektor tenaga, termasuk aspek pemindahan teknologi, pendidikan serta latihan teknikal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI