fbpx

EPL: Boehly berdepan tuduhan ‘makan’ duit tiket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOEHLY berdepan tuduhan terlibat dalam satu platform pihak ketiga yang menjual tiket perlawanan secara tidak sah. - AFP

LONDON – Pentadbir Liga Perdana Inggeris (EPL) memulakan perbincangan rasmi dengan Chelsea susulan kontroversi melibatkan pemilik kelab itu, Todd Boehly yang dikait dengan laman web Vivid Seats yang menjual semula tiket perlawanan.

Vivid Seats merupakan sebuah platform pihak ketiga, didapati menjual tiket perlawanan melibatkan Chelsea pada harga yang jauh lebih tinggi daripada nilai asal, termasuk perlawanan menentang Liverpool yang pernah disenaraikan mencecah £20,000 (RM120,000).

Tindakan itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan penyokong The Blues yang menyeru pihak berkuasa bola sepak menyiasat isu pemilikan Boehly terhadap platform tersebut.

Boehly yang merupakan pelabur dan pengarah dalam Vivid Seats juga sebahagian daripada konsortium BlueCo yang memiliki Chelsea sejak 2022.

Ketua Eksekutif Liga Perdana, Richard Masters mengesahkan dalam mesyuarat bersama Persatuan Penyokong Bola Sepak bahawa mereka telah menulis surat kepada Chelsea berhubung isu tersebut.

Masters turut berjanji akan mengemas kini maklumat kepada kelab penyokong Chelsea sebaik sahaja rundingan dengan kelab selesai.

Liga Perdana telah menyenaraikan Vivid Seats sebagai salah satu laman web tiket yang tidak dibenarkan dan menasihati penyokong supaya berwaspada apabila berurusan dengan platform seperti itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI