fbpx

CWC: Juara Eropah kutuk kualiti padang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PSG (jersi putih) mengesahkan status sebagai juara Kumpulan B selepas menang 2-0 ke atas Seattle semalam. - AFP

SEATTLE – Pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique mengakui pasukannya makin bersemangat untuk memburu trofi Piala Dunia Kelab (CWC) 2025 selepas menewaskan Seattle Sounders 2-0 untuk bergelar juara Kumpulan B.

Pada aksi di Stadium Lumen Field itu, PSG tidak mempunyai masalah untuk meraih tiga mata hasil penyudah Khvicha Kvaratskhelia dan Achraf Hakimi sekali gus melupakan kekalahan mengejut dialami ketika bertemu Botafogo minggu lalu.

Kata Enrique, barisan pemain sudah memberikan yang terbaik sepanjang tiga perlawanan peringkat kumpulan dan selepas ini ujian sebenar bermula kerana semua pasukan makin serius untuk memburu kejuaraan.

“Saya rasakan saingan semakin kompetitif dan kami juga agak kepenatan selepas terpaksa terbang ke tiga lokasi berbeza seperti Atlanta, Philadelphia dan kini Seattle.

“Saya rasa pemain semakin bermotivasi untuk memburu kejayaan. Cuma, saya agak kecewa dengan keadaan padang di sini yang tidak seperti keadaan padang di Eropah.

“Ia agak kering dan harap FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antaranbangsa) dapat perbaiki masalah ini,” katanya.

Sementara itu, Hakimi teruja pasukan dapat buktikan kualiti sebenar mereka sebagai juara Eropah selepas dikritik gagal mempamerkan aksi terbaik sewaktu tewas kepada Botafogo.

“Pemain sedar mereka tidak berada pada tahap yang diharapkan ketika bertemu Botafogo tetapi kini semua sudah tunjukkan keupayaan sebenar untuk layak ke pusingan kalah mati,” kata pemain antarabangsa Maghribi itu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI