fbpx

‘Saya tidak akan ulangi perbuatan itu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD FIRDAUS didenda RM13,000 oleh dua Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas dua pertuduhan merempuh Perodua Axia, Ahad lalu.-Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Seorang bapa tujuh anak menangis di dalam kandang tertuduh selepas Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan lelaki itu dikenakan denda RM13,000 atas dua pertuduhan merempuh sebuah kenderaan serta memandu secara tidak cermat di Jalan Tun Abdul Razak, di sini Ahad lalu.

Tertuduh, Muhammad Firdaus Abdullah, 50, membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab dan Nur Fatin Mohamad Farid. Dia juga diperintah menjalani hukuman penjara 18 bulan jika gagal bayar denda.

Di hadapan Atifah Hazimah, tertuduh didakwa melakukan khianat dengan melanggar Perodua Axia sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM15,300 pukul 3.10 petang di Jalan Susur 6, Jalan Tun Abdul Razak, Johor Bahru. Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Manakala di hadapan Nur Fatin, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, memandu kenderaan secara tidak cermat sehingga mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain pada masa dan lokasi sama.

Terdahulu, ketika rayuan tertuduh memberitahu dia kini tidak bekerja selain perlu menanggung seorang isteri dan tujuh orang anak.

“Saya menyesal akan perbuatan saya dan tidak akan mengulangi perbuatan itu,” katanya sambil menangis. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Noratini Nik Azman dan Amirah Tasnim Saleh.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI