fbpx

AMB kongsi perspektif Sistem Pemprofilan Nutrisi Kumpulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kumpulan Ajinomoto merupakan syarikat Jepun pertama yang memperkenalkan ANPS pada April 2020.

PETALING JAYA – Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) berkongsi perspektif mengenai Sistem Pemprofilan Nutrisi Kumpulan Ajinomoto (ANPS), iaitu pendekatan inovatif dan moden untuk menilai kandungan nutrien dalam produk atau makanan pada Persidangan Persatuan Dietitian Malaysia (MDA) 2025, edisi ke-31 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Persidangan MDA tahun ini, bertemakan ‘Dietitians Embracing Change’ mengumpulkan lebih 350 peserta tempatan dan antarabangsa termasuk pakar diet, penyelidik dan profesional penjagaan kesihatan berdaftar untuk meneroka strategi dan inovasi progresif dalam amalan dietetik.

Dalam persidangan tersebut, pakar diet dari Ajinomoto Co., (Thailand) Ltd., Pakpadsorn Sarachantapong telah berkongsi pandangan berdasarkan pengalamannya dalam melaksanakan ANPS di Thailand.

AMB turut mempamerkan inisiatif kesihatan dan pemakanan di reruai pameran, termasuk inisiatif Pengurangan Garam Pintar AJI-NO-MOTO yang menggalakkan penggunaan umami untuk mengurangkan sodium tanpa menjejaskan rasa, sekali gus menyokong tingkah laku pemakanan yang lebih sihat.

Reruai AMB juga menampilkan Program Pemakanan Sukan Winning Meals Kachimeshi, yang direka untuk memupuk amalan kesihatan dan meningkatkan prestasi atlet murid dalam mencapai potensi sebenar mereka serta aminoVITAL, yang menyokong gaya hidup sihat dan aktif melalui penyelesaian pemakanan berasaskan asid amino.

Menurut AMB dalam satu kenyataan hari ini, penyertaan aktif dalam Persidangan MDA sejajar dengan inisiatif Penciptaan Nilai Bersama Kumpulan Ajinomoto bagi memupuk kesejahteraan yang memberi kesan positif kepada kesihatan masyarakat di seluruh dunia. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI