fbpx

3 pengarah baharu sertai kepimpinan tertinggi PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rusdi, Hamzah dan Gilberd Philip.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan syabas dan tahniah di atas pelantikan tiga pengarah baharu bagi menerajui beberapa jabatan utama dalam organisasi keselamatan negara.

Menerusi satu hantaran rasmi di laman Facebook PDRM, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail serta isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia (Perkep), Datin Seri Munirah Che Rose menzahirkan ucapan tahniah kepada ketiga-tiga pegawai kanan berkenaan.

Antara yang dilantik ialah Datuk Rusdi Mohd. Isa sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) yang baharu.

“Selamat menjalankan tugas dan amanah demi pasukan dan negara. Semoga JSJK di bawah pimpinan Datuk akan terus diperkasa dalam menangani ancaman jenayah komersil yang semakin kompleks,” menurut hantaran itu.

Turut dilantik ialah Datuk Hamzah Ahmad sebagai Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) yang baharu.

“Selamat menjalankan tugas dan amanah yang dipikul dalam memperkasakan pengukuhan integriti dan modal insan serta pemantapan integriti warga PDRM di bawah kepimpinan Datuk,” ujarnya.

Sementara itu, Gilberd Philip Layang pula dilantik sebagai Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) yang baharu.

“Selamat menjalankan tugas dan amanah demi pasukan. Semoga dengan kepimpinan Gilberd dapat memperkasakan sistem tadbir urus logistik dan teknologi PDRM ke arah yang lebih mampan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI