fbpx

Wanita meninggal di bahu suami selepas mengadu tangan kebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat. - foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!

MELAKA – Seorang wanita sempat mengadu kebas tangan sebelum meninggal dunia di bahu suaminya dalam kejadian di Taman Desa Molek, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher berkata, pihaknya menerima maklumat pada pukul 6.27 pagi daripada anak mangsa yang memaklumkan ibunya, Sharifah Zarina Ismail, 39, tidak sedarkan diri di rumah mereka.

“Sebelum kejadian arwah dikatakan muntah dan mengadu tangannya kebas kepada suaminya.

“Si suami kemudian memicit tangan sambil wanita itu menyandarkan kepala di bahunya, namun apabila dikejutkan dia tidak memberi sebarang tindak balas,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Menurut beliau, lelaki berusia 48 tahun itu segera menghubungi ambulans sebelum penolong pegawai perubatan Klinik Kesihatan Ayer Molek mengesahkan isterinya telah meninggal dunia.

“Menurut suami si mati, isterinya mengadu kerap sakit perut tetapi tidak mendapatkan rawatan di klinik, sebaliknya hanya ke farmasi berdekatan untuk membeli ubat.

“Mayat wanita itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk dibedah siasat. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI