fbpx

[VIDEO] ‘Ini baru bas sekolah gen Z’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan sebuah kereta Ford Mustang dengan rekaan grafik seakan-akan bas sekolah.

PETALING JAYA – Sebuah kereta Ford Mustang yang berwarna kuning dengan rekaan grafik seakan-akan bas sekolah mencuri tumpuan ramai apabila dirakam sedang memandu di sebuah lebuh raya.

Menerusi satu video di TikTok milik @Kaimohdroslan, kelihatan kereta mewah itu memandu bersebelahan dengan sebuah bas, sekali gus mengundang reaksi lucu.

“Terkejut mak cik-mak cik dalam bas, kami dalam bas tetapi yang luar lagi ‘style’ (bergaya),” tulis pemilik video tersebut di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna terhibur dan kagum terhadap kreativiti pemilik kenderaan tersebut.

“Ini baru bas sekolah gen Z,” kata seorang pengguna.

“Kalau bas macam itu, setiap hari aku nak naik bas,” komen Ryu Min.

“Tiba-tiba rasa macam nak pergi sekolah balik pulak kalau bas macam ni,” seloroh pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

@kaimohdroslanTerkejut acik2 dlm bas…kami dlm bas tapi yg luar lagi style 🤣

♬ original sound – ammarhasawi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI