fbpx

Tembak Cheras: Polis siasat kemungkinan suspek lari ke luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Polis masih memburu sekumpulan individu bertopeng yang menembak mati dua lelaki di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras pada 17 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, sehingga kini tiada tangkapan dilakukan, namun usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

“Setakat ini, seramai 19 individu dipanggil dan dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

“Kita masih dalam proses mengenal pasti suspek yang terlibat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas kemungkinan suspek melarikan diri ke luar negara, beliau berkata, siasatan masih dijalankan dan belum ada pengesahan lanjut.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, polis giat mengesan sekumpulan individu disyaki terlibat dalam kes tembakan di sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 12.48 malam.

Suspek terdiri daripada sekumpulan lelaki bertopeng ski hitam yang menaiki kenderaan jenis Perodua Alza. Dalam kejadian itu, dua lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 40-an maut ditembak.

Kejadian itu berlaku selepas empat hari kes tembakan di Brickfields yang menyebabkan seorang individu mati – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI