fbpx

Tembak Brickfields: Usaha buru suspek masih diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis giat mengesan suspek dalam kes tembakan yang meragut nyawa seorang lelaki tempatan di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields di sini pada 13 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, siasatan masih dijalankan termasuk mengenal pasti individu yang melepaskan tembakan tersebut.

“Setakat ini, tiada tangkapan baharu dilakukan. Seramai lima orang yang ditahan sebelum ini kerana berada di lokasi kejadian telah dibebaskan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 19 keterangan direkodkan daripada saksi bagi membantu siasatan.

“Usaha mengesan suspek sedang dijalankan,” ujarnya.

Dalam kejadian pukul 10.26 malam itu, mangsa bersama enam rakan yang berada di restoran diserang individu bersenjata api yang melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka.

Empat hari kemudian, dua lelaki mati ditembak di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras di sini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad dilaporkan berkata, kedua-dua kes itu dipercayai bermotifkan pertembungan kumpulan kongsi gelap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI