fbpx

STPM: Sira mahu jadi guru bantu murid Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sira merupakan murid Orang Asli di Perak yang paling cemerlang dalam STPM 2024.

IPOH – Biarpun berseorangan meneruskan pendidikan dalam Tingkatan 6, Sira Suhairi, 20, tidak berputus asa untuk meneruskan perjuangannya.

Kesungguhannya itu terbalas apabila berjaya mencatatkan purata nilai gred keseluruhan (PNGK) 3.09, sekali gus merupakan murid Orang Asli di Perak yang paling cemerlang dalam STPM 2024.

Dia yang mengikuti Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Toh Muda Abdul Aziz di Sungai Siput rasa bersyukur atas kejayaan tersebut.

“Semasa peringkat permulaan ramai kawan-kawan rapat lain mula meninggalkan Tingkatan 6 untuk menyambung pengajian di tempat lain. Saya rasa tertekan juga, namun teruskan juga,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Sira yang berasal dari Kampung Bersah Kuala Mu, tinggal di asrama sekolah memandangkan jarak rumahnya ke sekolah sejauh 60 kilometer mendaki bukit.

“Saya berpuas hati dengan dengan pencapaian ini. Saya mahu menjadi guru supaya boleh membantu ramai anak-anak Orang Asli dalam pendidikan dan menjadi orang berjaya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI