fbpx

STPM: Negeri Sembilan atasi PNGK Kebangsaan buat pertama kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khalidah (kanan, duduk) bergambar bersama calon STPM 2024.

SEREMBAN – Negeri Sembilan mencatat pencapaian bersejarah apabila buat pertama kali berjaya melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024.

Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Khalidah Omar berkata, PNGK negeri meningkat kepada 2.86, iaitu peningkatan sebanyak 0.4 berbanding 2.82 pada tahun 2023, sekali gus mengatasi PNGK kebangsaan yang berada pada tahap 2.85 bagi tahun ini.

Menurutnya, seramai 38 calon mencapai PNGK 4.0 dengan memperolehi 4A Prinsipal berbanding 45 calon bagi tahun sebelumnya dengan seorang calon mendapat 5A Prinsipal dalam kelima-lima mata pelajaran diambil.

“Secara keseluruhannya, didapati bilangan calon dan peratusan longgokan calon STPM 2024 pada PNGK 3.75 dari segi pencapaian PNGK calon, dan ke atas ialah 95 calon atau 7.33 peratus, PNGK 3.00 dan ke atas ialah 448 calon atau 34.6 peratus.

“Dari segi peratusan calon STPM 2024 yang mendapat lulus penuh dalan lima dan empat mata pelajaran berbanding STPM 2023 didapati telah meningkat daripada 98.92 peratus kepada 99.15 peratus pada tahun 2024,” katanya kepada pemberita pada sidang media keputusan STPM di Kolej Tingkatan Enam Tuanku Muhriz di Seremban di sini, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN