fbpx

STPM: Kelantan atasi peratus PNGK peringkat nasional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Hassany (tiga dari kanan) meneliti data keputusan STPM 2024 pada Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2024 di JPN Kelantan, Tunjong di Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

KOTA BHARU – Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 di Kelantan terus cemerlang apabila Pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) calon di sekolah kerajaan mengatasi pencapaian peringkat nasional sebanyak 0.15 mata.

Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan (Sektor Pengurusan Sekolah), Mohd. Hassany Hashim berkata, keputusan tersebut menyaksikam Kelantan memperoleh PNGK 3.00 berbanding nasional sebanyak 2.85.

Menurutnya, selain itu, 50 daripada 60 buah sekolah kerajaan di negeri ini memperoleh kelulusan 100 peratus bagi 2024 berbanding 47 sekolah untuk 2023.

“Peratus kelulusan keseluruhan calon STPM 2024 adalah 99.64 peratus atau 3,592 calon berbanding tahun lalu sebanyak 99.44 peratus atau 3,750 calon sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak 0.20 peratus.

“Bagi calon yang mendapat kecemerlangan empat dan lima prinsipal pula, Kelantan mencatat 85.29 peratus atau 3,072 calon berbanding nasional sebanyak 76.72 peratus atau 31,729 calon. Keputusan itu mencatatkan bahawa Kelantan mengatasi peringkat nasional sebanyak 8.57 peratus,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Mohd. Hassany memberitahu, seramai empat calon STPM Kelantan muncul sebagai pelajar terbaik peringkat nasional dan menerima Anguerah Pelajar Terbaik STPM 2024 daripada Majlis Peperiksaan Malaysia di Selangor.

Katanya, mereka ialah Nur Amalina Osman, Nur Najwa Syafina Mohd Redzuan dan Muhammad Irham Mazlan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja,Pasir Mas dan Ahmad Hakimi Sharifuddin dari SMK Sri Aman, Pasir Puteh.

Menurutnya, seramai 123 calon mendapat PNGK 4.0 di Kelantan bagi STPM 2024 berbanding 90 calon pada 2023 sekali gus menunjukkan peningkatan seramai 33 calon.

“Daripada jumlah itu seramai 56 calon memperoleh semua A bagi lima mata pelajaran dan 67 calon mendapat semua A bagi empat mata pelajaran diduduki,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI