fbpx

STPM: Johor catat PNGK 2.95 atasi kumulatif kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZNAN (kanan) ketika menyantuni calon STPM 2024 Johor baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Johor merekodkan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2024 dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Negeri iaitu 2.95.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin berkata, keputusan itu sekaligus mengatasi PNGK Kebangsaan iaitu 2.85.

Menurutnya, seramai tujuh calon mendapat keputusan 5A dalam kelima-lima mata pelajaran yang diambil dan 167 calon mendapat keputusan 4A.

“Seramai 170 daripada 3,952 calon STPM 2024 Johor memperoleh PGNK 4.0 manakala seramai 2,512 calon mencapai PGNK 2.75 ke atas.

“Seramai 3,857 calon hadir menduduki peperiksaan dengan peratusan kelulusan 77.91 peratus berbanding 75.71 peratus pada tahun 2023,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Aznan berkata, seramai 3,472 calon merupakan pelajar yang mengambil aliran sains sosial manakala 385 calon aliran sains tulen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI