fbpx

STPM 2024 catat PNGK Nasional tertinggi sejak dilaksanakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SELAYANG – Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 menunjukkan peningkatan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Nasional kepada 2.85 berbanding 2.84 tahun sebelumnya.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff, berkata, dengan peningkatan sebanyak 0.01 mata PNGK Nasional tahun ini menjadikan ia pencapaian tertinggi sejak peperiksaan itu dilaksanakan.

“Seramai 1,266 calon atau 3.06 peratus calon telah mendapat PNGK 4.00. Bilangan calon ini telah meningkat seramai 150 calon berbanding tahun 2023.

“Dari segi pencapaian PNGK calon, secara keseluruhannya didapati bilangan longgokan dan peratusan longgokan calon STPM 2024 pada PNGK 3.75, PNGK 3.00, PNGK 2.75, dan PNGK 2.00 telah meningkat berbanding tahun 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Keputusan STPM Tahun 2024 di MPM, di sini sebentar tadi.

Menurut beliau, pada tahun 2024, bilangan calon yang mendapat 5A dalam kelima-lima mata pelajaran yang diambil telah meningkat daripada 41 calon dalam peperiksaan STPM 2023 kepada 53 calon.

“Bilangan calon yang mendapat 4A juga katanya, telah meningkat daripada 1,087 calon pada tahun 2023 kepada 1,228 calon,” ujarnya.

Tambah beliau, daripada 41,434 calon yang hadir, seramai 99.97 peratus atau 41,422 calon layak dianugerahkan Sijil STPM 2024.

Secara keseluruhan jelasnya, semua 23 mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan STPM 2024 telah mencatatkan peratusan lulus penuh melebihi 60 peratus, iaitu gred C dan ke atas.

“Empat mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan melebihi 3 peratus dari segi prestasi lulus penuh berbanding dengan prestasi pada tahun 2023, iaitu mata pelajaran Ekonomi, Kimia, Matematik (M), dan Perakaunan, manakala tiada mata pelajaran yang menunjukkan penurunan melebihi negatif 3 peratus.

“19 mata pelajaran STPM lain tidak berubah prestasinya kerana beza peratusan calon yang lulus penuh antara tahun 2024 dengan 2023 adalah kurang daripada 3 peratus,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI