fbpx

Semua penerbangan jemaah umrah Andalusia berjalan seperti biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ida Riswana

PETALING JAYA – Semua penerbangan jemaah umrah kendalian Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) yang telah disahkan, akan berjalan seperti biasa.

Pengarah & Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, segala pembayaran berkaitan antaranya penerbangan, penginapan dan visa telah pun dibayar kepada pihak yang berkenaan.

“Setakat ini semua penerbangan yang sudah disahkan bersama jemaah Andalusia, berjalan seperti biasa. Tiket penerbangan, hotel dah dibuat pembayaran sepenuhnya. Buat masa ini kita sangat berdoa mengharapkan perjalanan umrah berjalan seperti dijadualkan.

“Daripada notis yang kami terima daripada Arab Saudi tidak mengatakan negara lain batalkan atau hentikan kemasukan jemaah umrah seluruh dunia,” katanya menerusi kenyataan rasmi berkaitan status terkini perjalanan umrah disiarkan pada Facebook Andalusia hari ini.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Andalusia, Datuk Md. Daud Che Ngah.

Ida Riswana berkata, pihak berkuasa di Arab Saudi berkait penerbangan juga mengesahkan tiada penutupan laluan untuk penerbangan ke sana.

“Sebab itu kami ambil langkah untuk terus menerus kemas kini dengan jemaah. Sehingga hari ini tidak ada penerbangan yang kami batalkan.

“Perjalanan jemaah umrah dan haji pulang ke Malaysia berjalan lancar setakat ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI