fbpx

Ruang udara Qatar ditutup pastikan keselamatan penerbangan keluar, masuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kedutaan Malaysia di Doha, Qatar dimaklumkan oleh Kementerian Luar Nageri Qatar mengenai penutupan sementara ruang udara Qatar.

Kedutaan Malaysia di Doha berkata, penutupan itu bertujuan memastikan keselamatan penerbangan keluar dan masuk ke Qatar.

“lanya adalah bersifat sementara dan tiada kena mengena dengan ancaman langsung ke atas Qatar.

“Susulan itu, rakyat Malaysia di Qatar dinasihatkan untuk bertenang dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa dari sumber sahih dan arahan rasmi yang dikeluarkan oleh Kerajaan Qatar,” katanya dalam satu kenyataan.

Pihak Kedutaan juga sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada Kerajaan Qatar dan akan memaklumkan setelah ruang udara dibuka semula.

“Bagi mereka yang akan melakukan perjalanan, anda dinasihatkan menyemak dengan syarikat penerbangan masing-masing jadual penerbangan yang terkini,” jelasnya.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung sama ada melalui emel [email protected] atau talian +974 4483 6463 (waktu pejabat) dan +974 3374 6733 (selepas pejabat). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI