PETALING JAYA – Isu kelewatan penerbangan dilaporkan berlaku di beberapa lapangan terbang utama di seluruh dunia, mencetuskan kekecewaan dalam kalangan penumpang yang terkandas lebih dari lima jam.
Menerusi satu hantaran oleh pemilik akaun @harambesaif di TikTok, kelihatan suasana sesak dengan orang ramai yang masih menunggu susulan kelewatan pesawat yang sepatutnya berlepas mengikut jadual.
“Tiada maklumat terkini mengenai penerbangan ke London, orang ramai mula berasa kecewa,” katanya.
Salah satu insiden berlaku di Lapangan Terbang Hurghada, Mesir apabila penerbangan ke London dibatalkan dan ditangguhkan lebih lima jam akibat gangguan sistem.
Dalam pada itu, menerusi satu lagi hantaran oleh pemilik akaun @allmosts1, situasi berbeza turut dilaporkan melibatkan ruang udara Qatar yang ditutup secara tiba-tiba.
“Sedang bersiap untuk menaiki pesawat, dan Qatar baru sahaja menutup ruang udaranya. Saya sokong tindakan ini. Keselamatan diutamakan,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Penumpang tersebut dijadualkan terbang dari Chongqing ke Doha, sebelum meneruskan perjalanan ke Dallas dan destinasi akhir di Corpus Christi, Amerika Syarikat.
Tinjauan di ruangan komen, ramai yang meluahkan pengalaman masing-masing serta memuji sikap tenang penumpang walaupun berdepan situasi sukar.
“Pesawat lewat dan tertangguh lebih dari lima jam,” ujar Lisa Moz.
“Syukur ramai selamat, servis penerbangan di Qatar sangat mengambil berat tentang pelanggan mereka,” komen Jay.
“Bagusnya, tiada siapa yang mengamuk walaupun pesawat tertangguh lama,” ujar Schyroh.-KOSMO! ONLINE