fbpx

Selesai latihan PLKN nak sambung jadi tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 187 pelatih wanita Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 berjaya menamatkan latihan selama lebih sebulan di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah (AW) di ibu negara hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Seramai 14 pelatih wanita Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 menyatakan minat yang tinggi untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selepas menamatkan latihan selama lebih sebulan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, hasil analisis ke atas 187 pelatih wanita Siri 2 program itu berjaya menarik minat 14 pelatih untuk menyertai ATM, manakala 20 orang menunjukkan minat terhadap bidang keselamatan seperti polis, bomba, imigresen dan kastam.

Katanya, PLKN terus menjadi platform penting dalam melahirkan generasi muda berdisiplin, berwawasan dan bersedia menyumbang kepada negara.

“PLKN bukan sekadar membentuk disiplin, tetapi membuka laluan kepada pelatih untuk menyertai badan beruniform dan bidang kerjaya lain seperti perguruan dan keusahawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Pelatih PLKN 3.0 Siri 2/2025 di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah (AW) di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, majoriti pelatih wanita bagi siri kali ini berminat untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT)

“Seramai 132 orang berminat menyambung pengajian dengan 43 orang akan memulakan kerjaya dan 12 orang memilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET),” katanya.

Beliau menegaskan penekanan terhadap aspek jati diri, ketahanan mental serta kesedaran isu-isu siber terus diberikan perhatian dalam modul latihan terkini.

Tambahnya, Kementerian Pertahanan berharap kerjasama berterusan daripada ibu bapa dan masyarakat dapat membantu bagi memastikan kejayaan program ini demi melahirkan wira serta wirawati muda yang mampu menyumbang kepada keselamatan serta pembangunan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI