PUTRAJAYA – Kedutaan Besar Malaysia di Doha, Qatar dimaklumkan bahawa terdapat beberapa siri serangan terhadap pangkalan Al Udeid di Qatar.
Susulan itu, Kedutaan Besar Malaysia di Doha menasihatkan semua rakyat Malaysia untuk berada di dalam rumah, meminimakan pergerakan di luar dan sentiasa berhubung dengan Kedutaan.
Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE