fbpx

Potensi pembangunan teknologi Pantai Timur perlu ramai bakat muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lih Kang (tiga dari kiri) dan Ahmad Samsuri (dua dari kiri) meninjau salah satu reruai pada Karnival Minggu Sains Negara Zon Timur di PSKT, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Pantai Timur termasuk Terengganu memerlukan ramai bakat muda bagi mengisi kekosongan tenaga kerja projek pembangunan teknologi yang kini sedang rancak dicadang di wilayah terbabit.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang berkata, wilayah Pantai Timur mempunyai potensi besar untuk terlibat dalam projek pembangunan teknologi masa hadapan seperti sektor Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS).

Beliau berkata, projek pembangunan teknologi strategik tersebut yang membuka ruang ekonomi baharu memerlukan kemahiran khusus daripada tenaga tempatan.

“MOSTI sentiasa komited memperkasakan bakat dalam kalangan anak muda untuk menjadi sebahagian daripada rantaian nilai industri teknologi tinggi negara.

“Ia selaras penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menjadikan pembangunan bakat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) antara teras utama dalam agenda Kerajaan Madani,” katanya di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu di sini hari ini.

Beliau menghadiri Karnival Minggu Sains Negara Zon Timur yang dirasmikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN