fbpx

PLKN 3.0: 60 calon ‘ponteng’ Siri 2 akan ke Siri 3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adly (tengah) bergambar pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah (AW) di ibu negara hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Seramai 60 calon Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang gagal melapor diri bagi Siri 2/2025 akan menyertai latihan semula dalam Siri 3 akan datang.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, Siri 3/2025 dijadualkan berlangsung pada September hingga Oktober ini.

“Jadi kalau kita lihat, (calon) tidak hadir bukan bermaksudnya tidak akan menyertai PLKN tetapi tidak hadir dalam maksud kita akan selaraskan semula dalam latihan yang akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Pelatih PLKN 3.0 Siri 2/2025 di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di sini, hari ini.

Seramai 444 pelatih PLKN 3.0 Siri 2/2025 berjaya menamatkan latihan yang bermula pada 11 Mei hingga 24 Jun ini melibatkan dua buah kem iaitu Kem Rejimen 505 Askar Wataniah dan Kem Force 136, Pekan Pahang.

Dua kem itu menempatkan seramai 257 pelatih lelaki, manakala Kem Rejimen 515 pula menempatkan 187 pelatih wanita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI