fbpx

Operator kilang maut motosikal langgar kerbau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penunggang motosikal maut selepas terlanggar seekor kerbau  di Jalan Kulim-Mahang, Kulim malam tadi.

KULIM – Seorang operator kilang maut selepas motosikal yang dia tunggang dipercayai melanggar kerbau yang melintas di persimpangan lampu isyarat Batu Putih Jalan Kulim-Mahang, di sini malam tadi.

Kejadian pada pukul 8 malam itu mengorbankan lelaki berusia 43 tahun yang meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala dan tangan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan berkata, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal jenis SYM dipercayai dari Kulim menghala ke Mahang.

“Setibanya di lokasi, seekor kerbau dipercayai melintas jalan sebelum dilanggar. Akibatnya mangsa cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian berasingan, seorang jaga berusia 54 tahun yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Juru, Pulau Pinang maut dalam nahas di Taman Kenangan, Sungai Karangan, di sini pada pukul 6 petang semalam.

“Mangsa menunggang motosikal Yamaha Y15Z. Kenalan mangsa kemudian menghubungi waris dan ambulans. Lelaki itu disahkan maut di lokasi oleh pembantu perubatan Hospital Kulim,” katanya.

Siasatan mendapati kemalangan berpunca apabila mangsa hilang kawalan sebelum terjatuh atas jalan dipercayai akibat serangan jantung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI