fbpx

MotoGP: Rossi, Marquez perlu tamatkan sengketa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INSIDEN hitam di Sepang pada 2015 melibatkan Rossi dan Marquez masih berbekas di hati peminat MotoGP di Itali. - AFP

MUGELLO – Pengurus pasukan Ducati, Davide Tardozzi menggesa Marc Marquez dan Valentino Rossi ‘berjabat tangan’ serta melupakan pertelingkahan lama mereka demi masa depan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

Gesaan itu hadir selepas Tardozzi dilihat melintasi trek untuk berdepan penyokong di tempat duduk utama dan ‘berperang mulut’ susulan tindakan segelintir peminat yang mengejek Marquez sebaik memenangi perlumbaan sprint.

Tardozzi menyifatkan reaksi penyokong itu tersebut sebagai tidak memiliki semangat kesukanan dan menyeru semua pihak, termasuk dua legenda itu supaya melupakan episod hitam musim 2015.

“Saya fikir tingkah laku itu tidak beretika dan tidak lagi wajar bila ia berkait insiden 10 tahun lepas.

“Sudah tiba masanya untuk bergerak ke hadapan. Marc (Marquez) dan Valentino (Rossi) perlu memberi mesej positif kepada peminat. Saya harap mereka berjabat tangan kerana masa silam tak boleh diubah,” katanya.

Hubungan Marquez dan Rossi menjadi renggang selepas insiden di Sepang 2015, apabila Rossi mendakwa Marquez sengaja menyekat peluangnya bergelar juara dunia.

Sejak itu, kedua-dua mereka jarang berinteraksi secara positif, malah Rossi pernah enggan bersalaman dalam satu sidang media pada tahun 2018.

“Saya tak mahu sentuh siapa yang salah dalam kejadian itu, bagi saya, 50-50. Tapi, mereka berdua juara besar. Tak perlu terus berdendam,” kata Tardozzi lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI