fbpx

K2

Malaysia tuan rumah Forum Keselamatan Sosial Dunia 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WSSF 2025 akan berlangsung pada 29 September hingga 3 Oktober 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

MALAYSIA sekali lagi menjadi tumpuan dunia apabila Kuala Lumpur bakal menjadi tuan rumah kepada Forum Keselamatan Sosial Dunia (WSSF) 2025 yang akan berlangsung pada 29 September hingga 3 Oktober 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).  

WSSF 2025 dianjurkan oleh Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA) dengan kerjasama penganjur bersama iaitu Perkeso dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

 Ia turut disokong oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP], Unit 

Penyelarasan Pelaksanaan dan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) selaku sekretariat Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC). 

Sepanjang program berlangsung, Kuala Lumpur akan menjadi ibu kota keselamatan sosial dunia yang menghimpunkan pemimpin, pakar dan institusi dari seluruh pelosok dunia. 

Forum edisi kali ini bertemakan “Shaping Social Security for a World in Transition” akan membincangkan cabaran serta peluang yang tersedia akibat perubahan demografi global, pasaran  buruh yang dinamik, kemajuan teknologi dan usaha ke arah kelestarian yang kesemuanya membentuk masa depan sistem keselamatan sosial. 

Perkeso dalam kenyataannya memberitahu bahawa WSSF 2025  bakal menjadi platform strategik bagi meneroka idea futuristik dan inovasi dalam memperkasa sistem keselamatan sosial agar lebih relevan, inklusif dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran global masa kini. 

KUALA Lumpur akan menjadi ibu kota keselamatan sosial dunia yang menghimpunkan pemimpin, pakar dan institusi dari seluruh pelosok dunia.

“Perkongsian pandangan daripada tokoh-tokoh antarabangsa dan pelopor keselamatan sosial amat bernilai, malah mampu menjadi pemangkin kepada reformasi sistem sosial yang bukan sahaja melindungi tetapi juga memperkasa dan mengukuhkan daya tahan komuniti.

“Penganjuran ini juga mengukuhkan komitmen Malaysia dalam memperkemas sistem perlindungan sosial negara, selain mempertingkatkan peranan Malaysia sebagai rakan strategik global dalam agenda kesejahteraan sejagat. 

“Ia juga membuka peluang unik untuk Malaysia mengetengahkan dasar dan inisiatif keselamatan sosial di pentas dunia,” katanya.

Forum ini dijangka dihadiri lebih 1,500 delegasi daripada 336 organisasi ahli ISSA merangkumi 164 negara, termasuk menteri-menteri, barisan ketua pegawai eksekutif, pakar teknikal dan wakil daripada organisasi antarabangsa. 

Sementara itu, buat julung kalinya, Festival dan Anugerah Video Keselamatan Sosial Antarabangsa akan diperkenalkan bagi menonjolkan komitmen dalam mempromosikan keselamatan sosial. 

Anugerah Pencapaian Cemerlang ISSA juga akan disampaikan kepada negara yang mempamerkan kejayaan luar biasa dalam memperkukuh sistem keselamatan sosialnya. 

Sepanjang lima hari program berlangsung pelbagai acara telah disusun seperti rencaman sesi plenari dengan lebih 80 sesi interaktif, bengkel panel, sesi tutorial dan Zon Inovasi ISSA, menjadikan forum ini satu pengalaman holistik dalam perkongsian ilmu dan memupuk kerjasama antarabangsa.

Maklumat lanjut mengenai forum ini boleh didapati di laman sesawang www.issa.int/wssf2025.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI