fbpx

Lelaki tumbuk pipi, gigit dada anggota polis didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Dua lelaki yang direman selepas dipercayai bertindak menumbuk pipi dan menggigit dada seorang anggota polis yang sedang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, semalam akan didakwa pagi esok.

Kedua-dua suspek berusia 19 dan 20 tahun itu akan dibawa ke Kompleks Mahkamah George Town bagi pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Suspek terbabit juga dikatakan akan berdepan dengan satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan tidak sopan terhadap penjawat awam.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan dua suspek tempatan direman tiga hari bermula semalam selepas disyaki menumbuk dan menggigit seorang anggota polis yang sedang bertugas.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang apabila anggota terbabit yang bertugas di pos pengawal IPK menahan suspek yang ketika itu berada dalam keadaan mencurigakan di hadapan pintu pagar ibu pejabat berkenaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI