fbpx

KPDN lupus barangan termasuk cover set motosikal RM3.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zuhairi (dua kiri) menunjukkan barangan yang dilupuskan pada majlis itu di Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – ‘Cover set’ motosikal antara pelbagai barangan termasuk tiruan bernilai lebih RM3.5 juta dilupuskan yang dirampas sepanjang tahun lalu hingga bulan lalu.

Kesemua 65,000 unit barangan dilupuskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tersebut sebelum ini telah dilucutkan selepas menjalani prosiding dan kebenaran dari mahkamah.

Pengarah KPDN Selangor, Mohd. Zuhairi Mat Radey berkata, siasatan mendapati kesemua barangan tersebut sebelum ini dirampas di gudang dan premis perniagaan yang menjalankan aktiviti penjualan barangan tiruan.

Katanya, ini termasuk salinan langgaran, penyelewengan barangan kawalan, perihal dagangan palsu dan perlindungan pengguna.

“Jenis barangan yang melibatkan penjagaan diri dengan 41,000 unit, aksesori pakaian (4,000 unit), jam tangan (4,370) serta baju, kasut dan sandal sebanyak 11,900 unit.

“Lain-lain barangan adalah alat ganti kenderaan seperti cover set motosikal, cermin sisi dan hadapan, minyak pelincir serta peralatan komunikasi berjumlah 300 unit.

“Selain itu, mesin pam, flow meter, paip penyambung dan intermediate bulk container (IBC) yang dianggarkan tidak lebih RM250,000,” katanya pada sidang akhbar pada majlis pelupusan eksibit Perdana KPDN Selangor hari ini.

Beliau menambah, barangan tiruan itu juga didapati dikilangkan secara haram dan sebahagiannya dibawa masuk dari luar negara.

Kata Mohd. Zuhairi, modus operandi mereka adalah pelbagai dengan memfokuskan kepada kawasan bandar bagi barangan tiruan.

“Ada peniaga sendiri yang cuba mengambil kesempatan untuk menjual barangan tersebut dengan tindakan undang-undang dilakukan bagi melindungi pengguna.

“Sebarang maklumat diperolehi akan diteliti dengan serbuan dilakukan sehingga gudang-gudang terlibat,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada mana-mana pihak yang menjual barangan tiruan supaya berhenti melakukan kesalahan tersebut atau berdepan dengan hukuman denda sehingga RM1juta dan penjara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI