fbpx

Johnny Lim, pegawai Cina pertama terima pangkat Leftenan Jeneral ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johnny ketika pemakaian pangkat yang disempurnakan Mohd. Nizam di Wisma Pertahanan, semalam.

KUALA LUMPUR – Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Datuk Johnny Lim Eng Seng melakar sejarah menjadi individu berbangsa Cina pertama memegang jawatan sebagai Leftenan Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Majlis pemakaian pangkat tersebut telah disempurnakan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd. Nizam Jaffar di Wisma Pertahanan pada semalam.

Dilahirkan di Melaka, Johnny mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah St Francis, Melaka dari tahun 1973 hingga 1983.

Beliau menyertai Tentera Darat Malaysia melalui Tauliah Jangka Tetap ke-25 (TJT 25) dan seterusnya menjalani latihan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom, sebelum ditauliahkan ke Rejimen Renjer Diraja (RRD).

ATM dalam kenyataan memaklumkan, kenaikan pangkat ini juga menunjukkan peluang yang wujud dalam ATM adalah terbuka dan berdasarkan kecemerlangan semasa di dalam perkhidmatan.

“Ini juga diharapkan dapat menarik minat bangsa-bangsa lain untuk turut menceburkan diri dalam kerjaya keramat ini.

“ATM seharusnya dilihat sebagai contoh terbaik konsep ’Unity in Diversity’ dan menjadi platform utuh di dalam erti kata perpaduan yang sebenarnya,” kata kenyataan itu hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI