fbpx

Iran akan berhenti jika Israel tidak teruskan serangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH bangunan musnah selepas misil Iran mengenai kawasan kejiranan di Ramat Aviv, Tel Aviv kelmarin. – AFP

TEHRAN – Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi menyatakan hari ini bahawa Tehran tidak akan meneruskan serangan jika Israel berhenti menyerangnya, beberapa jam selepas Presiden Donald Trump mengumumkan gencatan senjata berperingkat bagi menamatkan konflik antara kedua-dua belah pihak.

Araghchi berkata, Iran menghentikan serangannya tepat pukul 4 pagi waktu Tehran (8.30 pagi waktu Malaysia)  dan menuntut Israel turut sama berbuat demikian.

Bagaimanapun, Trump berkata, gencatan senjata tajaan beliau merangkumi proses 24 jam secara berperingkat bermula sekitar pukul 12 tengah hari (waktu Malaysia) dengan Iran secara unilateral menghentikan semua serangan diikuti oleh Israel 12 jam kemudian.

“Telah dipersetujui sepenuhnya oleh dan antara Israel serta Iran bahawa akan ada Gencatan Senjata Lengkap dan Menyeluruh,” kata  Trump di platform Truth Social beliau.

Sebarang penamatan permusuhan akan memberikan kelegaan besar kepada pemimpin-pemimpin  dunia yang bimbang peningkatan keganasan akan membawa kepada konflik yang lebih meluas.

Tiada pengesahan segera daripada Israel mengenai kenyataan Trump tersebut

Menulis di media sosial, Araghchi berkata: “Operasi ketenteraan Angkatan Tentera Iran untuk menghukum Israel atas diteruskan hingga minit terakhir, pada jam 4 pagi.”

“Sehingga kini, TIADA ‘persetujuan’ mengenai gencatan senjata atau penghentian operasi ketenteraan. Bagaimanapun, dengan syarat Rejim Israel menghentikan serangannya  terhadap rakyat Iran selewat-lewatnya pukul 4 pagi waktu Tehran, kami tidak akan melancarkan serangan selepas itu,” tambahnya. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI