fbpx

Harimau Malaya sah sertai saingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara mendapat peluang untuk menimba pengalaman dan menguji kemampuan sebenar apabila sah beraksi dalam saingan CAFA 2025.

TARING Harimau Malaya bakal benar-benar teruji apabila skuad negara sah akan menyertai Kejohanan Piala Negara Persatuan Bola Sepak Asia Tengah (CAFA) 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 26 Ogos hingga 9 September nanti.

Selain dua wakil Asia ke Piala Dunia 2026 iaitu Iran dan Uzbekistan, kejohanan ini akan dilengkapkan dengan enam lagi pasukan Kyrgyzstan yang berada di ranking ke 103 dunia, Tajikistan (104), Turkmenistan (142), Afghanistan (160) serta dua pasukan jemputan iaitu Malaysia dan Oman (77).

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski berkata, penyertaan ini membolehkannya mengukur kemampuan sebenar anak buahnya untuk bersaing dengan negara yang lebih kuat.

“Kami berbangga untuk menyertai Kejohanan CAFA 2025. Kami akan berdepan cabaran hebat di tempat lawan dan bersaing dalam persekitaran yang mencabar menentang pasukan-pasukan kuat.

“Kejohanan ini merupakan satu lagi peluang penting untuk Harimau Malaya mengharumkan nama negara, menyemarakkan semangat penyokong, dan terus membina perpaduan yang diimpikan oleh bola sepak Malaysia.

“Pengalaman ini akan menguji kami dalam pelbagai aspek, di dalam dan di luar padang, jadi pastinya ia amat penting untuk pembangunan berterusan skuad kebangsaan,” katanya.

Mengambil kira kompetitif perlawanan di Piala CAFA 2025, ia menjadi medan ujian terbaik buat Harimau Malaya untuk memperkukuhkan pasukan bagi merebut slot ke Piala Asia 2027 menjelang aksi seterusnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI